Fenomena hujan batu gemparkan warga Kuching dan Samarahan
KUCHING: Warga Kuching dan Samarahan petang ini digemparkan dengan fenomena hujan batu yang turun dibeberapa kawasan seperti Stutong dan Jalan Dato Mohd Musa.
Menurut salah seorang penduduk yang tinggal dikawasan Stutong ini adalah kali pertama dia melihat fenomena ini dan berasa cukup teruja kerana fenomena ini jarang-jarang berlaku.
Manakala di Samarahan seorang penunggang motosikal terkejut di Shell Kota Samarahan kerana melihat depan mata sendiri fenomena tersebut. Dia terus mengambil ketulan batu yang jatuh lalu menelannya.
Menurut dia, dia berbuat demikian kerana teringat pesanan orang tua dulu-dulu supaya menelan ketulan hujan batu kerana nescaya akan membawa tuah kepada sesiapa yang menelan ketulan hujan batu tersebut.
sumber ; kms
sumber ; kms
foto: erica diane
Tiada ulasan:
Catat Ulasan